Home | Cinta |

Tuesday, September 16, 2014

Perlu ke korek telinga anak

Assalamualaikum..

Heh sebenarnya pasal korek telinga ni baru tau..drpd jiran..rupanya telinga x perlu korek pn kan..aku baru tahu!!kesian..haha tetiba plak Dr Zulkifli Sharif up plak tajuk ni FB..

***

Telinga bukan untuk di korek dan dibersihkan.
Ingatlah perkara ini.

1. Apa sahaja yang dilarang melakukan semasa berpuasa ada kebaikannya. Antaranya memasukkan sesuatu kedalam rongga telinga maka boleh batal puasa tersebut. 30 hari latihan untuk mendisplinkan manusia supaya patuh kepada perintahnya dan menerima kebaikannya.

2. Apa gunanya ear waxs ini ( bukan tahi telinga seperti dalam bahasa pasarnya )

a. Waxes ini basenya minyak ....makan dengan mudah air akan tersingkir sendiri dari rongga di kala kita sudah habis mandi atau berenang2.
b. Bersifat anti fungus, anti bacteria dan menghalang jangkitan virus.
c. Amat pahit untuk haiwan kecil seperti semut dll. It will protect the ears. Sapa yang pernah rasa tersiksa diigit semut pada egdang telinga pasti sekarang amat sayangkan ear waxes ini.
d. Perbuatan memasukkan sesuatu seperti cotton bud, besi etc adalah antara penyumbang terbesar kecederaan pada gegendang telinga untuk kanak2. Anda rosakkan gegendang telinga anak anda .....tanggunglah rasa bersalah dan kos perubatan yang teribat. Kejam sungguh anda sebagai ibu bapa jika berlaku preventable injury ini.

3. Allah cipta cuping sedemikian rupa pun ada gunanya begitu juga ear waxes sebagai penampan bunyi. Tanpanya pendengaran akan bergaung seperti ECHO. Bayangkan bercakap dalam rumahyang tiada perabut.

Terima kasih pada puan Nor Azura Mohd Puad berkongsi cerita dan pengalaman sendiri dan saya doakan perkongsian cerita puan ini akan memberi manafaat kepada orang lain yang membacanya dan do doakan puan sekeluarga akan di limpahi rezeki kesihatan yang berterusan.

Saya dah terkena..saya harap ibu lain boleh jadikan pengajaran ya..
Sedari dalam pantang saya memang dah korek telinga anak..boleh kata tiap-tiap minggu..sampailah masa anak 2bulan,bila saya masukkan cotton buds anak terus menjerit..saya jadi tak berani nak korek,malam bawa ke klinik..doktor kata gegendang telinga anak saya sedikit bengkak..tapi saya tak letak ubat titis doktor bagi,saya cuma titiskan susu badan..lepas seminggu bawa anak ke kk,sebab cadangnya nak bawa anak ke ENT..jumpa doktor,dia memang tak bagi korek,orang dewasa pun tak payah sebenarnya..pada kita cotton buds tu dah cukup lembut,tapi sebenarnya amat keras untuk gegendang telinga bayi..doktor buat pemeriksaan susulan,takut telinga anak masih bengkak atau bernanah..alhamdulillah tak ada masalah,bengkak tak ada..tahi telinga pun tak ada..mula dari tu memang saya tak pernah korek telinga anak sampai dia dah setahun dua bulan ni..nanti tahi telinga akan keluar dengan sendiri..kita tinggal lap je..jadi jangan buat kesilapan macam saya buat ya..banyak komplikasi boleh timbul..
***
Lepas ni, x korek dah telinga syahmi..

Bye..

No comments:

Post a Comment