Home | Cinta |

Tuesday, September 16, 2014

Info Zaafaran

Assalamualaikum..

Sumber : Muslim Cottage..baru tahu! Jom amalkan sama-sama..

***

TENTANG ZAAFARAN:

-------------------------------
(Yang jarang orang ambil tahu)

Muslim Cottage iningin menekankan prinsip alamiah ♡

Khasiat utama zaafaran boleh" terhapus dan termusnah" bilamana:

1. Di rendam dalam air mendidih/air panas 
-----------------------------------------------------------
Zaafaran adalah herba yang sensitif terhadap suhu tinggi,di mana fungsi asalnya sebagai antioxidant akan termusnah bila kita gunakan air yg mendidih.
Keistimewaan zaafaran adalah ia tetap akan mengeluarkan khasiat daripada patinya meskipun kita gunakan dalam jumlah urat yang sangat sedikit.
Nisbah 3 urat saffron dilarut ke dalam 100 hingga 150ml air biasa(atau sedikit suam) sudah memadai keperluan harian kita.
Jika kita mahu sediakan jumlah yang lebih besar,larutkan 9 urat saffron ke dalam 1 jar /pot sdahana besar dengan anggaran 1.5 litre air.ia boleh di ulang-ulang minum oleh semua ahli keluarga termasuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas.
Jika dapat habiskan air bancuhan dalam tempoh 24 jam bagi mengelakkan pembiakan mikroorgansima akibat air yang tercemar.

2. Di masak dgn kaedah bakar
--------------------------------------------------
Zaafaran tidak sesuai di masukkan sebagai ramuan masakan jenis bakar.
Walau bagaimanapun ia boleh menggantikan herba perapan seperti kunyit dan menjadi pewarna asli dalam masakan.
Cuma setelah dibakar(misalnya perapan ayam) khasiat utamanya termusnah dan kita dapat manfaat warna semulajadinya sahaja.
Sebaiknya ditabur atas lauk pauk yang siap di masak bagi mendapatkan khasiatnya pada tahap maksimum.
Antara lain, boleh dibuat sebagai penambah warna dan perasa serta khasiat puding,kek dan manisan,nasi,bihun...tetapi cukup sekadar ditabur di atas makanan itu tadi.

3. Di kisar
-----------------------------------
Sangat-sangat tidak digalakkan membeli zaafaran dalam bentuk serbuk.
Kerana setelah dikisarkan secara modern,hampir keseluruhan zat zaafaran telah pun "dilemahkan".
Cara terbaik mengamalkan zaafaran adalah dalam bentuk aslinya iaitu urat/filamentnya.
Kerana itu zaafaran di anggap herba termahal di atas muka bumi ini,
Untuk mendapatkan 1gm zaafaran memerlukan beratus-ratus/ribuan filament.
Walau bagaimanapun zaafaran berkualiti baik tidak menuntut kita mengambilnya dalam jumlah besar.
1gm zaafaran bertahan selama beberapa bulan untuk kegunaan seisi keluarga.

Bagi zaafaran yang dikisar,ia dibolehkan dengan syarat:
Dikisar/ditumbuk secara manual sebanyak 3 hingga 5 urat setiapkali penggunaan.
Tidak ditumbuk atau dikisar siap2 sejumlah yang besar.
Kemudian di gaul rata dengan ramuan herba lain bagi tujuan perubatan.(sebagai pes herba)

Bagi tujuan untuk minum, cara terbaik seperti pernah dikongsikan sebelum-sebelum ini..
Larutkan 3 filament/urat dalm 100-150ml air suam/air biasa lalu diminum setelah keluar pati dan warnanya. Lebihan urat2 tadi kunyahlah perlahan-lahan dan telan.
Ia sangat bermanfaat untuk mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh,berbanding serbuk yang tidak lagi memberi kesan ..

Fungsi zaafaran:
Memelihara kesihatan saraf ,
Menguatkan memori dan daya ingatan,
Mengurangi risiko penyakit nyanyuk,
Menguatkan rahim dan menambah kesuburan wanita,
Mengharumkan tubuh,
Merupakan anti kanser,
Mencantikkan tona kulit,
Dan pelbagai khasiat khusus.

Jom amal zaafaran 

No comments:

Post a Comment