Home | Cinta |

Monday, September 15, 2014

Info denggi, cara mencegah dan perawatan alami

Assalamualaikum..

Dapat ilmu lagi tentang denggi..kalau dari segi perubatan moden demam denggi xde ubat kan..bergantung pada imun badan kita untuk lawan virus tu..suka sangat bila Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani sedia berkongsi ilmu cara alami cegah dan rawat denggi..

***

Penyakit semakin menular. Adakah tanda akhir zaman? Semoga kita sentiasa bersedia dengan Iman yang Kukuh untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Namun sebagai Mu'min kita perlu menanamkan keyakinan bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya. Berdasarkan hadith :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Sa’id bin Abu Husain dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Atha` bin Abu Rabah dari Abu Hurairah RadhiALLAHu ‘anhu dari Nabi SallALLAHu ‘Alaihi Wasallam Baginda bersabda: “Tidak Diturunkan ALLAH satu Penyakit Melainkan Diturunkan Untuknya Penawar.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Terbaru, kita dihebohkan dengan Demam Denggi yang semakin menular. Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.

Simptom-simptom seperti :

1) Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot

Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan. Kegagalan atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :

1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)

Yang dalam ertikata lain MEMBAWA MAUT.

Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :

1) Mencegah
2) Merawat

Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah menguruskannya.


Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini, adalah :

1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem tubuh.

2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya sebiji kurma sebagai awalan sarapan.

3) Amalkan meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.

4) Banyakkan meminum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau premis perniagaan.

Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :

1) Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian diberi minum setiap 2jam.

Atau

2) Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih 7kuntum + Bunga Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.

Atau


3) Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5 cubit) + Madu lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati Delima 5 

sudu besar (5ml x 5). Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas 1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.

Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus Flavivirus (Denggi) ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sekalian sahabat.


BarakALLAHu Fiikum.


***

No comments:

Post a Comment