Home | Cinta |

Monday, September 1, 2014

Cara pencegahan virus ebola

Assalamualaikum..

Macam-macam virus sekarang ni kan..scroll2 FB nampak post Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani pasal cara pencegahan virus terbaru ni..yang paling best sebab cara pencegahan ustaz lebih kepada amalan makanan sunnah dan semulajadi..natural remedy..copy & paste untuk rujukan nanti..


***


EBOLA sudah 'Menyerang' Malaysia? Benarkah? Atau sekadar propa?

Jika benar, NauzubILLAHi Min Dzalik...

Jadi, secara umumnya, apabila kita mengaitkan penyakit bersifat epidemik (berjangkit) sudah pasti berkaitan dengan parasitik dan patogenik.

Dalam ilmu epidemiologi, penyakit berjangkit adalah reaksi dan interaksi perumah terhadap patogen.

Maka, yang disebut sebagai interaksi itu adalah bukan sahaja boleh memusnahkan patogen, tetapi juga menghasilkan ketidak-normalan kepada perumah sehingga menyebabkan pesakit itu meninggal dunia.

Untuk huraian berkaitan epidemik dan endemik ini terlalu panjang coretannya. Jadi, sang faqir ambil masa yang sedikit ada ini, untuk berkongsi langkah pencegahan dan perawatan kepada yang terkena.

Bagi langkah pencegahan :

1) Amalkan Habbatussawda' (pati amat digalakkan) sebanyak 5ml sehari sebelum sarapan. Jika epidemik sudah menjadi viral, maka ditambah 5ml petang (sebelum maghrib)

2) Minum air putih pada kadar yang diperlukan tubuh, yang pasti bukan 8 gelas sehari ya. Ianya perlu berulang-ulang ambilannya mengikut keadaan cuaca dan tugas harian kita, tidak kurang dan tidak terlalu lebih. Jika terlebih tubuh akan mengalami masalah ketidakseimbangan elektrolit.
Jadi, secara mudahnya, untuk bantuan elektrolit tubuh, masuk secubit garam (sebaiknya garam yang kurang pemprosesan- semulajadi, seperti garam bukit, gunung atau garam buluh) ke dalam bekas air minuman kita, maka tiada perlu lagi kita mencari '200plus' dan seangkatannya untuk bantuan elektrolit.

3) Amalkan menelan dan menyapu minyak zaitun ke tubuh untuk fungsi anti-viral, paling utama ianya adalah Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam, selain dari itu berfungsi untuk kesihatan dan pencegahan dari penyakit. Dosnya, 5-15ml sehari, bergantung kepada tahap pendedahan kita kepada khalayak awam, jika banyak terdedah, maka, dosnya perlu 5ml ke atas.

4) Yang sepatutnya No.4 ini berada di No.1, iaitu DOA. Mohonlah perlindungan ALLAH daripada semua perkara tersebut, mudah-mudahan ALLAH melindungi kita dan keluarga dari segala permasalahan tersebut.


***


Sama-sama kita amalkan..

No comments:

Post a Comment