Home | Cinta |

Tuesday, September 16, 2014

VBAC : Vitamin C semasa mengandung

Assalamualaikum..

Copy paste semata dari Siti Aishah Confinement..suka sangat info nih..makan vitamin C dari sumber asli..moh le kite..

Dulu masa pantang, aku mengurut dengan mak dia..perlu ke cerita?haha

Bacalah..Iqra'..

***

Setiap hari sy pastikan bilangan Vitamin C yang diambil perlu mencukupi, melalui pemakanan harian saya.

Vitamin C sangat penting untuk memastikan sejarah "leaking" / kebocoran air ketuban tidak akan berlaku lagi. Kebocoran ini yang juga dikenali sebagai PROM (Premature Rupture of Membrane) boleh berlaku bila janin sudah matang, iaitu sekitar 37 minggu. Masa mengandungkan Dzulqarnain ice memang mengalami masalah ini pada minggu ke 37.

Jika dikaji dibaca dan diselidik mengapa berlakunya PROM ini, ramai pakar tidak mampu memberikan sebab yang pasti. Ada yang mengatakan ia disebabkan oleh jangkitan kuman. Tetapi dari pengalaman ice, amalan pemakanan ice yang kurang berkhasiat (tiap2 hari McD) juga mungkin mempengaruhi berlakunya PROM masa mengandungkan anak pertama.

Ini kerana, PROM boleh berlaku berulang kali kepada wanita yang sama. Tetapi tidak berlaku kepada kandungan ice yang kedua apabila air ketuban ice hanya pecah pada 40 minggu 3 hari. Sedangkan ice bersalinkan haidar genap setahun dari saat ice bersalinkan anak sulung ice. Mungkin disebabkam masa mengandungkan haidar, memang ice tak suka makan junk food. Tapi mengidam makan nasi kerabu tiap2 hari. 

So, untuk elakkan berlakunya PROM mahupun PPROM (dimana air ketuban pecah sebelum janin benar2 matang, boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang), amatlah penting ibu yang mengandung memantau pengambilan Vitamin C dalam makanan harian kita.

Sy pernah tanya breastfeeding consultant saya yang juga merupakan ahli farmasi;Norashida Abd Rahman

Beliau sendiri menggalakkan amalan pemakanan sihat dari mengamalkan supplemen semata2 (corrrect me if I'm wrong, dear).

So, a few food to consider utk mencukupi keperluan Vutamin C harian buat mak yong2 di luar sana selain supplemen:

8 auns jus oren
1 biji kiwi
1/2 cawan strawberi
1/2 cawan brokoli rebus
1/2 cawan betik potong
1/2 rebusan kubis (nasi kerabu kan banyak kubis....patutlah kot... 
1/2 cup mangga
1/2 cup tomato ceri.

Ermm....nyum2....
Jom kita.....
Belajar makan sihat....
Utk memudahkan proses bersalin tanpa sebarang komplikasi.

***

No comments:

Post a Comment