Home | Cinta |

Tuesday, September 30, 2014

HBA2C inspired me!!

Assalamualaikum..

Bukan pengalaman sendiri..tapi pengalaman rakan ICAN/VBAC group..kisah inspirasi..

***
AAssalam mommies, just to share my homebirth and vba2c experienced on 29/5/2014, Thursday,9.50am. Baby boy, 3.4kg, 38wks1d.
Sedikit kisah sebelum melahirkan. Saya attend kelas Amani dgn sifu Maria Zain awal 2013 ketika itu saya pregnant nak masuk 2 bulan. Kemudian saya keguguran ketika 3 bulan dan dr scan ada cyst. Saya cuba pelbagai remedi untuk sembuh dri cyst sehinggala sy pregnant semula selepas 3 bln keguguran. Segala puji-pujian buat Allah yg mengabulkan doa dan harapan saya. Terima kasih buat suami yg memahami dan membantu dlm menyambut kelahiran anak syurga kami! Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah
26.5: bgn pagi ada leaking ckit. Tp xde mucus plug, xde surge, xde blood show. Whatsap Sofia Azyze. It's ok, just monitor temperature, keep hydrated, byk berjln, amik vit c 1000 x 3 per day, no sentuh miss v, no sex.so, pergi sekolah cm biasa, permohonan cuti bersalin settled.
27.5: start pakai pad sebab bgn pagi leaking mengalir sikit kat peha, still xde apa2 sign. Gi sekolah cm biasa, arini last sek nak school holiday, yeay! Sebelum balik umah, singgah beli coklat byk2, tetiba teringin, nasib x beli cadbury time tu.hihi.
Start cuti sek. ni baru dpt time nak pilih2 homestay, hajat dah berjanji ngn fia untk doula dan nk cri homesty dkt2 kajang, in case hspital dekat, memandangkn di raub ni hosptl paling dekat 2 jam.Fia suggest dtg kl dkt ngn hsptal. Dah dpt 1 hstay tp x contact lg sebab rasa cm lmbt lg.
28.5: still leaking.masih takde pape tanda. Just golek2 ngn gym ball, baca birth affirmation, etc. Rasa takde pape lagi. Malamnya,baru decide nk packing brg2 nk g kl, ingt nak pegi esok,walaupun bru 38wks, bleh berjimba2 dulu kat kl. Mak ai, byknya la brg nak dbwk, dgn kolamnya, peralatan hbirthnya, ubat ubatannya,last2 x habis kemas, sambung esk jam pun dah kul 1pg.
3pagi: terjaga dri tdo, rasa tak selesa, surge ke? Bgn, bukak balik beg, amik nota nk cek stage apa hahaha, cuba timing, mcm dah msuk active labor, so gerak hubby, eh, dah time ke tanya hubby, saya pun iyakan je. Punyala kelam kabut, smpai x tau nak buat apa. Barang dah byk simpan dlm beg.
Sy all four je masa tu, keep breathing, rasa surge semakin hebat. Pinggang memang rasa cm nak tercabut, so hubby wat acupressure kat pinggang je. Lepas all four, sy bgn wat sway hip, jap kat bilik sendiri, jap kat bilik anak, jap kat ruang tamu. Memang free. Hubby duk suap air zam2 dan kurma.
5 pagi: hubbyku ni baru nak tanya nak pasang kolamke tak! Aduyai punyala layan surge smpai x terjawab soalan tu. Pastu hubby dia naik risau kut tgk saya sebab sebelum ni dia xde experience bersama ketika bersalin, dia keep on asking, jomla kita gi kl skrg, many times. Saya rasa cm nak makan je suami masa tu asyik tanya benda yg sama. Saya kata x nak.sebab sy fikir nk pegi mana, homestay pun x smpat booking lagi. Surge semakin kuat, sy berzikir je, tgn sy x genggam, sy senyum, sy loose jaw, sy humming, memg best experience ni. Tetiba teringt kat hot bath, sy pun mandi air panas kenakan di bahagian pinggang. Memang best giler. Dlm kepala duk teringt lagu frozen, let it go..let it go..
6 pagi: sy kuar dri bilik air, pegi kt ruang tamu, all four semula smbil sway hip, x smpai ber minit, air ketuban pecah, habis ruang tamu. Nasib dah ada chux pad. Bile dah kuar air ketuban, dlm kepala duk bayang baby dah nak dekat ni. Surge semakin hebat lepas ni. Sy trus dlm all four smpai sy rasa surge yg non stop, fuhh..
9 pagi: sy dh tak larat nk ber all four, sy tak ingt apa2 posisi lain time tu, saya rasa mcm nak tidur, suami ajak masuk bilik, ya Allah saya berjln dgn shaking masuk bilik. Sy try all four ats katil, uish memang x selesa dah sebab surge tu non stop, x tau apa posisi lg sy dgn sendirinya baring-side lying position- tgn suami masih di pinggang saya, sehinggala saya rasa sy tertidur, suamipun tertidur. Tetiba sy rasa urge to push. Sy rasa cam lalok smpai sy lupa yg sy ni tgh nk bersalin, sy layan je rasa tu, keep breathing, time tu rasa nk tdo je, x heran apa yg keluar di bwh. Tetiba suami bersuara agak kuat membuat sy tersedar" yang, kepala baby dah kuar!" sy time tu tetiba dtg satu semangat terus segar, trus dlm keadaan sujud, suami ingtkan saya relax, sabar, sy tanya suami "dah kuar ke bang, suami jwb tinggal kaki je lagi. Another surge coming, baby pun slide ats tgn suami. Alhamdulillah.
Part placenta tu, ada prob ckit. Mungkin time nk kuar tu sy tertarik skit so dia terkoyak dan tertinggal ckit kt dlm. Tpi alhamdulillah, surge dtg lagi saya pun tarik perlahan2 hingga keluar semua. Saya tgk darah mcm byk jadi saya pun ambil yunnan baiyou. Alhamdulillahh, Allah made it happen. Birth is safe for me and my baby.
* kul 12 pm baru call family. Mulanya nk lotus birth, tp family suh g klinik potong dan cek ibu dan baby. So ptg tu ikutkan juga tp pegi GP je. Yg sedihnya semua GP di raub ni saya pegi tolak kes saya, tak nak cek saya dan baby apatah lg buat pengesahan bersalin sebab tak nak tanggung risiko. Akhirnya kami balik umah semula dan jam pukul 6 ptg suami saya potong urinya.keesokannya hari jumaat, suami wat report polis dan hari isnin suami daftar di jpn, allahu yassir wa la tuassir, alhamdulillah dgn bukti gambar scan ms pregnant, pendaftaran selesai.
birth affirmation perkongsian kak maz,maria dan kawan2 yg lain saya tampal di dinding tempat saya solat setiap hari.
hari ini, alhamdulillah Muhammad Ali dah 16 hari, sudah diazan diiqamah,ditahnik,dicukur,blum aqiqah je lagi..aritu ada sikit jaundis, just breastfeed, alhamdulillah kuning dah kuar. memandangkan kakaknya dulu unvac, hanya sekali ketika dilahirkan.Insha Allah, Muhammad Ali juga tidak vaccine.

***

No comments:

Post a Comment