Home | Cinta |

Saturday, September 6, 2014

Demam dan ubat homeopati

 Assalamualaikum..

Jom baca apa yang doktor ni explain..Dr. suriyakhatun..info yang menarik untuk dikongsi..

***

Pesakit sudah terbiasa dengan tindakkan paracetamol yang akan turunkan demam selepas mengambilnya dan akan rasa ubat homeopathy tak turunkan demam sebaik paracetamol.

Sebenarnya, bila memberi ubat homeopathy yang serasi , demam tidak turun mendadak tetapi cara beransur ! Petanda ubat yang diberi tepat adalah anak dalam keadaan baik, berselera dan emosi stabil walaupun demam.

Berbeza cara tindakkan paracetamol dan ubat homeopathy

Ubat homeopathy tidak memaksa badan turunkan suhu, disebaliknya ia meransang badan untuk pulihkan sendiri dengan melawan patogen .

Maka demam akan turun beransur sedikit demi sedikit dan dimasa yang sama ini akan tingkatkan sistem immune sebab tindakkan badan semula jadi tidak diganggu .

Paracetamol hanya turunkan demam selama mana ia ada tindakkan farmaseutikal keatas badan. Bila tamat tempoh tindakkan farmaseuticalnya ( drug action) demam datang semula . Tindakkan immune response badan terganggu dengan memaksa demam turun sebab demam ada manfaat membunuh patogen dan membuang toksin.

Anak sembuh sepenuhnya dari demam hanya bila infeksi sudah selesai.
Selalunya tempoh demam lebih lama bila ambil paracetamol dan lagi pendek dengan ubat homeopathy yang serasi dengan gejala dan semboyan anak . Kalau ubat homeopathy yang dipilih tidak serasi , ia tidak akan berkesan walaupun tidak memudaratkan .

Rajah ini menunjukkan perbezaannya .



***

Suka jugak dengan kata-kata doktor ni..

Sebagai orang tua.. hendaklah kita peka dgn tahap kesakitan anak.. jgn jadi ekstremis dan jgn anggap orang lain juga ekstremis.. mempelajari dan belajar adalah suatu proses yang tidak pernah putus.. 

Well said kan!! Perubatan moden, alternatif dan sunnah tu sama penting..x semua keadaan boleh guna perubatan alternatif, juga x semua keadaan boleh guna perubatan moden..terus mencari ilmu..

Jom sama2 kita..

No comments:

Post a Comment