Home | Cinta |

Friday, October 10, 2014

Susu alternatif

Assalamualaikum..

Tadi borak2 dengan jiran sebelah rumah..baru perasan syahmi lagi 4 bulan je nak masuk 2 tahun..wuuu cepatnye masa berlalu kan..ada lagi 4 bulan..doakan aku dapat nyusukn syahmi sampai umur 2 tahun..amin..semoga Allah beri kesihatan yang baik..

Arini nak buat entry pasal susu alternatif..susunan dia macam ni..susu ibu --> ibu susuan --> susu kambing segar --> susu badam/santan/badam/barli/beras dll --> susu formula..sumber GNRAM group..

Selebihnya dapat info dari Muslim Cottage..

***

Ini alternatif bagi anak yang tidak lagi minum susu ibu,
Seeloknya setahun atau 2tahun ke atas.tapi setahun ke atas dah boleh.
Pilihan ini kerana susu di atas adalah hampir2 menyamai kandungan dan khasiat susu ibu,cuma jika masih boleh menyusukan,susukanlah dgn susu ibu sepenuhnya.

Ya,ia alternatif jika kita tak mahu beri anak formula milk.
Anak saya dah setahun lebih,sehari 3 hidangan susu segar shj,
Selangan saya beri jus buah atau air madu.selain itu mkanan yg seimbg(portion baby lagi bukan makan banyak)
Alhamdulillah tiada masalah.

Khasiat mirip susu ibu dan mudah dicerna.

Susu santan
Cara saya buat:
Ambil isi kelapa muda(korek dan hancurkan/blend)kelapa yang hijau bukan kelapa coklat.itu dah tua.
Tanpa air kelapa muda ya.
Campurkan air suam.boleh blend sekali dan tapiskan.
Atau boleh ambil isi kelapa muda campur dgn air suam, kemudian perah manual guna penapis.
Tapi jangan terkena tangan ,guna sudu kayu.
Pilih mana2 yg kita selesa.
Sukatan saya buat,
20 sudu isi kelapa muda bersamaan 200ml air suam.
Menghasilkn 350ml susu santan.satu hidangan khadijah minum.

Resepi air 100 plus:
Setelah kita ambil isi kelapa muda untuk buat susu santan.
Air kelapa muda jangan dibuang.
Perah sebiji lemon(tanpa biji)/ limau nipis jika lagi suka masam.
Kacau rata,simpankan dalam peti ais.
Tunggu azan maghrib baru diminum ketika berbuka.
Tak payah beli 100 plus bergas dan kaya gula tu.
Buat sendiri sahaja.
Air ini elok utk kekal hydrate lagi2 di bulan puasa,
Juga elok diminum hujung2 kehamilan sebagai natural inducer.(ikhtiar dgn izin allah)
Juga bagi melegakan demam terlalu panas.(tapi jgn bagi baby minum pula)

Cara buat susu badam.
Rendam semalaman semangkuk badam berkulit(bergantung berapa banyak nak buat)
Esoknya,kulit2 badam akan mula menggelembung atau terbuka,kita bersihkan,
Kupas2 kulit2 tadi.
Tinggal badam yang putih sahaja.(kulit tu jangan buang,boleh buat biskut,brownies atau salad ataupun skrub)
Masukkan air suam sesuaikan anggaran dgn jumlah badam .
Jika suka pekat masukkan sesikit air,jika suka sesikit cair,tambahkan jumlah air)
Blend dan tapiskan guna penapis kain.(perlu kaedah perah manual supaya dapat patinya)
Baki2 tersisa jangan buang boleh guna utk biskut dll seperti kulitnya.
Jika suka manis,blend sekali dgn kurma yang dah direndam semalaman dan diasingkan bijinya.
Biji kurma boleh panggang dan tumbuk halus.
Jadikan pes berserta campuran herba tertentu (manjakani,asam jawa)dan disapukan pada lubang dubur untuk masalah buasir.inshaAllah mujarab.

***

Friday, October 3, 2014

Cara khusyuk solat

Copy paste

Artikel yg menarik utk dibaca.

Semoga bermanfaat...

💐🌷💐🌷💐🌷💐🌷💐🌷

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya msih bnyk kkurangan. Apa yg saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dlm 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yg saya lakukan hanyalah berkomunikasi dgn Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kpd Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Stelah masuk waktu solat, saya  mengambil wuduk dlm KESEDARAN bhw saya sdg dlm perjalanan utk bertemu dgn Nya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dlm solat) dan saya ingin berterima kasih kpd Nya.

3. Sepnjang wuduk… saya SEDAR bhw Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.
 
4. Dlm perjalanan utk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bhw saya dlm persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bhw saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri utk mula takbir, saya istighfar dulu. Mohon keampunan Allah seawal lagi agar pujian saya benar2 dtg dari hati yg bersih. Berulang2 saya istighfar.

6. Kemudian angkat Takbir dan saya menyedarinya. Saya memanggil Allah Yg Maha Besar, yg saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dlm Doa Iftitah. 

Mulut ini berkomunikasi dlm bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yg diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-besarnya. Ya Allah, Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tu                               nggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

Hal makan anak

Assalamualaikum..

Sekarang ni ada kat umah mertua..heavennn..boleh la rileks2 sikit compare kalau ada kat rumah sendiri..keke..

Free2 ni nak cita pasal perihal makan si kecik syahmi..kot2 boleh buat panduan untuk masa depan kan..aku ni pelupa sangat..bukan sikit..so harus tepek kat sini..biar ingat sikit..

Tapi apa yang aku tulis, aku copy paste semua kat blog ni adalah benda yang aku baca dan aku percaya..sebab ada benda yang aku baca tapi aku taknak percaya atau taknak terima..hahaha boleh?

Sebelum syahmi makan, aku tertanya-tanya kenapa kena makan umur 6 bulan..bila baca2, cakap sebab masa tu usus baby dah matang bla3..tapi entah kenapa rasa macam x puas hati je kan..hahaha aku generasi Y okeh..

Lepas tu ada baca pasal ustaz haslin cakap baby bersedia makan bila dia tumbuh gigi..pertumbuhan gigi tu tanda baby dah bersedia untuk makan..pertumbuhan gigi jugak menunjukkan usus dah cukup matang untuk terima makanan..bila pikir logik jugak kan..syahmi start makan umur 8 bulan..

Alkisahnya mama dia nih gigih la google resepi baby..syahmi makan paling banyak pun 4-5 sudu camtu..tapiiii kalu syahmi rasa makanan tu pun aku dah bersyukur..kalau x, bila hulur je makanan dia geleng pale xnak..

Aku carik lagi info..normal ke budak memang susah nak makan..perlu ke rasa risau kalau anak x makan..carik punya carik..sebenarnya normal je kan..bila dia tolak tu maksudnya dia xbersedia lagi nak makan..tak payah nak paksa2..

Katanya, aku x ingat lah sumber mana..tapi macam aku cakap tadi, aku ikut apa yang aku rasa betul..

Katanya, anak boleh membesar dengan HANYA SUSU IBU sehingga umurnya 2 tahun tanpa isu kekurangan nutrisi..makanan hanyalah sebagai pelengkap..jadi, kalau dia makan sikit pun takpe..

Jadinya, syahmi sampai umur dia 1 tahun setengah, 98% kenyang dengan susu ibu..dia makan alahaiiiiii boleh kira kot butir nasi yang masuk dalam perut dia..western2 pun dia xnak..yang memang dia suka sejak azali pisang ngan kismis..tu pun kene kismis anugerah..yang lain dia xnak..hahaha

Sekarang ni syahmi dah masuk 1 tahun 7 bulan, aku letak makanan je berlari dia datang siap duduk bersila..suprise tau mama dia nih..syahmi dah nak makan!!sekarang dah pandai nak makan buah tunjuk peti ais, nak kerepek, nak air..bila tengok perkembangan syahmi, rasanye memang betul lah apa aku baca tu..umur syahmi pun nak dekat 2 tahun dah..dan nampaknya memang dia sekarang sangat suka makan..dah bersedia lah kot kan..

Syahmi ada 1 perangai yang aku perasan..bukan aku je yang perasan..babah die pun sama perasan..jiran sebelah rumah pun perasan tau..hahaha..bile suap je makanan dalam mulut syahmi kan, lameeeee die rasa..kalau nak bayangkan macam gaya juri masterchef rasa makanan..haha..tapi juri kecik nih sangattttt jujur..kalau x sedap, dia buang terus makanan tu dari mulut die..kalau sedap, die datang lagi..sampai ada masa tu aku tanya nizam, sedap x aku masak ni..dia kata g tanya syahmi..hahaha..

Aku pun x paham..bila aku baca2, ramai yang cakap baby ni xpandai rasa makanan..selagi kita xbagi makanan sedap2 kan..tapi syahmi memang x makan kalau makanan tu x sedap..sampai mak aku marah cakap..hoi susu kau tu pun ada rasa tau, ni bila dia makan kau nak bagi yang tawar2..mana dia nak..haha logik jugak kan..alahaiiii..anak oooohh anak..

Tuesday, September 30, 2014

Natural remedi selesema

Assalamualaikum..
NATURAL REMEDIES dari Ainini Zainal..SELESEMA~~
Boleh apply kalau2 ada sapa2 selesema kan..si kecik syahmi tu terutamanya..
***
Upkan immune system, makan antiviral, antibacterial, anti inflammatory food. :
- habbatus sauda. bijinya letak dalam sup pun boleh. takpun telan kapsul minyak habbatus sauda
- madu 3x sehari for healing process.
- kurma, madu, kismis, anggur, strawberry. 
- apa saja buah-buahan kaya vitamin c. aha, cili pun ada vitamin C, ok. letak hirisan cili dalam sup bawang putih, halia lepas tu hirup pun nyamaaaan. (bawang, bawang putih, halia, kunyit- antiviral, antibacterial, anti inflammatory food)
- air campur chia seed (immune booster) dan biji selasih (untuk sejukkan badan), letak dalam botol air 1-2 liter minum gantikan air kosong.
- air kelapa untuk bunuh virus dan bakteria, kekalkan electrolyte dalam badan. prevent dehydration. sejukkan badan.
NATURAL REMEDIES FOR ALL. DRUGS-FREE. 100% SAFE WITHOUT SIDE EFFECTS. LET YOUR FOOD BE YOUR MEDICINE AND YOUR MEDICINE BE YOUR FOOD.
***
Tambahan info - habbatussauda lebih baik dimakan minyaknya..pastikan perahan sejuk..

HBA2C inspired me!!

Assalamualaikum..

Bukan pengalaman sendiri..tapi pengalaman rakan ICAN/VBAC group..kisah inspirasi..

***
AAssalam mommies, just to share my homebirth and vba2c experienced on 29/5/2014, Thursday,9.50am. Baby boy, 3.4kg, 38wks1d.
Sedikit kisah sebelum melahirkan. Saya attend kelas Amani dgn sifu Maria Zain awal 2013 ketika itu saya pregnant nak masuk 2 bulan. Kemudian saya keguguran ketika 3 bulan dan dr scan ada cyst. Saya cuba pelbagai remedi untuk sembuh dri cyst sehinggala sy pregnant semula selepas 3 bln keguguran. Segala puji-pujian buat Allah yg mengabulkan doa dan harapan saya. Terima kasih buat suami yg memahami dan membantu dlm menyambut kelahiran anak syurga kami! Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah
26.5: bgn pagi ada leaking ckit. Tp xde mucus plug, xde surge, xde blood show. Whatsap Sofia Azyze. It's ok, just monitor temperature, keep hydrated, byk berjln, amik vit c 1000 x 3 per day, no sentuh miss v, no sex.so, pergi sekolah cm biasa, permohonan cuti bersalin settled.
27.5: start pakai pad sebab bgn pagi leaking mengalir sikit kat peha, still xde apa2 sign. Gi sekolah cm biasa, arini last sek nak school holiday, yeay! Sebelum balik umah, singgah beli coklat byk2, tetiba teringin, nasib x beli cadbury time tu.hihi.
Start cuti sek. ni baru dpt time nak pilih2 homestay, hajat dah berjanji ngn fia untk doula dan nk cri homesty dkt2 kajang, in case hspital dekat, memandangkn di raub ni hosptl paling dekat 2 jam.Fia suggest dtg kl dkt ngn hsptal. Dah dpt 1 hstay tp x contact lg sebab rasa cm lmbt lg.
28.5: still leaking.masih takde pape tanda. Just golek2 ngn gym ball, baca birth affirmation, etc. Rasa takde pape lagi. Malamnya,baru decide nk packing brg2 nk g kl, ingt nak pegi esok,walaupun bru 38wks, bleh berjimba2 dulu kat kl. Mak ai, byknya la brg nak dbwk, dgn kolamnya, peralatan hbirthnya, ubat ubatannya,last2 x habis kemas, sambung esk jam pun dah kul 1pg.
3pagi: terjaga dri tdo, rasa tak selesa, surge ke? Bgn, bukak balik beg, amik nota nk cek stage apa hahaha, cuba timing, mcm dah msuk active labor, so gerak hubby, eh, dah time ke tanya hubby, saya pun iyakan je. Punyala kelam kabut, smpai x tau nak buat apa. Barang dah byk simpan dlm beg.
Sy all four je masa tu, keep breathing, rasa surge semakin hebat. Pinggang memang rasa cm nak tercabut, so hubby wat acupressure kat pinggang je. Lepas all four, sy bgn wat sway hip, jap kat bilik sendiri, jap kat bilik anak, jap kat ruang tamu. Memang free. Hubby duk suap air zam2 dan kurma.
5 pagi: hubbyku ni baru nak tanya nak pasang kolamke tak! Aduyai punyala layan surge smpai x terjawab soalan tu. Pastu hubby dia naik risau kut tgk saya sebab sebelum ni dia xde experience bersama ketika bersalin, dia keep on asking, jomla kita gi kl skrg, many times. Saya rasa cm nak makan je suami masa tu asyik tanya benda yg sama. Saya kata x nak.sebab sy fikir nk pegi mana, homestay pun x smpat booking lagi. Surge semakin kuat, sy berzikir je, tgn sy x genggam, sy senyum, sy loose jaw, sy humming, memg best experience ni. Tetiba teringt kat hot bath, sy pun mandi air panas kenakan di bahagian pinggang. Memang best giler. Dlm kepala duk teringt lagu frozen, let it go..let it go..
6 pagi: sy kuar dri bilik air, pegi kt ruang tamu, all four semula smbil sway hip, x smpai ber minit, air ketuban pecah, habis ruang tamu. Nasib dah ada chux pad. Bile dah kuar air ketuban, dlm kepala duk bayang baby dah nak dekat ni. Surge semakin hebat lepas ni. Sy trus dlm all four smpai sy rasa surge yg non stop, fuhh..
9 pagi: sy dh tak larat nk ber all four, sy tak ingt apa2 posisi lain time tu, saya rasa mcm nak tidur, suami ajak masuk bilik, ya Allah saya berjln dgn shaking masuk bilik. Sy try all four ats katil, uish memang x selesa dah sebab surge tu non stop, x tau apa posisi lg sy dgn sendirinya baring-side lying position- tgn suami masih di pinggang saya, sehinggala saya rasa sy tertidur, suamipun tertidur. Tetiba sy rasa urge to push. Sy rasa cam lalok smpai sy lupa yg sy ni tgh nk bersalin, sy layan je rasa tu, keep breathing, time tu rasa nk tdo je, x heran apa yg keluar di bwh. Tetiba suami bersuara agak kuat membuat sy tersedar" yang, kepala baby dah kuar!" sy time tu tetiba dtg satu semangat terus segar, trus dlm keadaan sujud, suami ingtkan saya relax, sabar, sy tanya suami "dah kuar ke bang, suami jwb tinggal kaki je lagi. Another surge coming, baby pun slide ats tgn suami. Alhamdulillah.
Part placenta tu, ada prob ckit. Mungkin time nk kuar tu sy tertarik skit so dia terkoyak dan tertinggal ckit kt dlm. Tpi alhamdulillah, surge dtg lagi saya pun tarik perlahan2 hingga keluar semua. Saya tgk darah mcm byk jadi saya pun ambil yunnan baiyou. Alhamdulillahh, Allah made it happen. Birth is safe for me and my baby.
* kul 12 pm baru call family. Mulanya nk lotus birth, tp family suh g klinik potong dan cek ibu dan baby. So ptg tu ikutkan juga tp pegi GP je. Yg sedihnya semua GP di raub ni saya pegi tolak kes saya, tak nak cek saya dan baby apatah lg buat pengesahan bersalin sebab tak nak tanggung risiko. Akhirnya kami balik umah semula dan jam pukul 6 ptg suami saya potong urinya.keesokannya hari jumaat, suami wat report polis dan hari isnin suami daftar di jpn, allahu yassir wa la tuassir, alhamdulillah dgn bukti gambar scan ms pregnant, pendaftaran selesai.
birth affirmation perkongsian kak maz,maria dan kawan2 yg lain saya tampal di dinding tempat saya solat setiap hari.
hari ini, alhamdulillah Muhammad Ali dah 16 hari, sudah diazan diiqamah,ditahnik,dicukur,blum aqiqah je lagi..aritu ada sikit jaundis, just breastfeed, alhamdulillah kuning dah kuar. memandangkan kakaknya dulu unvac, hanya sekali ketika dilahirkan.Insha Allah, Muhammad Ali juga tidak vaccine.

***

Sunday, September 28, 2014

After 1 year.......

Assalamualaikum..

Selepas setahun goyang kaki, kita change gear..no more goyang2 kaki..hihi

Plan seterusnya..work at home mother..

Bukan online bisnes, bukan dropship..

Hajat di hati nak buat bisnes yang lebih real katanye..haha..

Doakan yang terbaik..

InsyaAllah..STEP 1..